Assalamualaikum Warahmatullah.
Terima kasih kerana menziarahi blog ini. Blog ini diwujudkan untuk kita sama-sama berkongsi kebaikan produk Mary Jardin yang organik dan semulajadi. Selain itu, TIPS kecantikan, pelbagai TUTORIAL dan hebahan KELAS ONLINE juga akan dikongsikan di blog ini.
Semoga blog ini bermanfaat untuk pembaca sekalian.
Saya doakan agar kita semua sentiasa dalam kesihatan yang optimum, dilimpahkan rezeki selalu dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Semoga iman dan amal kita sentiasa konsisten, malah semakin meningkat. Aamin.
Salam Pengenalan.
Nama saya Fatini. Berumur 32 tahun. Boleh panggil Fatini atau lebih mesra dengan Tini. Tini AGEN SAH Mary Jardin. ID: 001350.
Apa itu Mary Jardin?
Mary Jardin adalah set penjagaan kulit yang telah diasaskan oleh seorang doktor perubatan yang berpengalaman bertugas di Klinik Dermatologi iaitu Dr. Maryam Aziz.
Nama Mary diberikan sempena dengan nama pengasas produk ini iaitu Dr Maryam Aziz dan Jardin bermaksud taman dalam bahasa Perancis.
![]() |
| CEO dan barisan Master Stockist |
Produk penjagaan kulit ini diperbuat dari bahan premium 100% natural dan organik setanding kualiti produk yang lain dan ianya adalah HOMEMADE, suci, bersih dan bebas dari bahan-bahan kimia yang membahayakan.
Mary Jardin adalah dijamin 100% Halal dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bermula dari rumah CEO sendiri, Facial Soap dihasilkan melalui kaedah COLD PROCESSED dengan ZERO COST MARKETING, Mary Jardin kini mempunyai ribuan ejen jualan di seluruh Malaysia untuk memenuhi permintaan anda yang mementingkan produk organik dan semulajadi.
![]() |
| Proses pengeringan Facial Soap. |



No comments:
Post a Comment