Tuesday, 19 September 2017

004 | 7 TIPS MENGEMBALIKAN KELEMBAPAN BIBIR DAN MERAH MERONA.


Berapa ramai yang rajin jaga bibir? Kenapa kena jaga? Bibir kan biasa je.

Tak sayang. Bibir adalah antara organ luaran kita yang sensitif dengan kulit luarnya yang nipis dan hanya bergantung dengan saliva saja untuk membantunya melembapkan dirinya sendiri.

Tapi biasanya makin dijilat bibir tu, makin kering sebabnya kita terdedah seharian dengan debu dan bakteria. 

Jadi tetap akan kering dan berpotensi untuk menggelupas.

Maka, hitamlah dan kusamlah ia jika tidak dijaga dan dibelai.

So, macam mana caranya kita mahu mengembalikan kelembapan bibir dan warna merah meronanya?

Ok, 7 tips ni kita boleh cuba praktikkan di rumah.

1) Memperbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

2) Rajinkan diri mencuci bibir sisa lipstik yang dah dipakai seharian.

3) Gunakan pelembap bibir.
Oles je madu sebelum tidur. Biar je semalaman, bangun pagi baru cuci.

4) Gunakan scrub.
Gula atau garam boleh membuang sel kulit mati. Sapu secara membulat pada bibir dan bilas.

5) Timun.
Parut timun dan campurkan dengan perahan air limau nipis. Oles pada bibir, biarkan selama 10-15 minit dan bilas. Lakukan selama 2 minggu berturut-turut. Insyaallah bibir kembali merona.

6) Kunyit.
Tumbuk kunyit hingga halus. Kalau malas guna je serbuk kunyit dan campurkan dengan susu cair. Oles pada bibir dan biarkan seketika dalam 5 minit, kemudian bilas.

7) Lipbalm.
Hati-hati memilih lipbalm. Elakkan lipbalm yang mengandungi petroleum wax, paraffin atau logam, ditakuti makin menghitamkan lagi bibir awak.

Lipbalm Mary Jardin mengandungi bahan-bahan organik dan premium. 

Antaranya ada SHEA BUTTER, BEESWAX, JOJOBA OIL, SWEET ALMOND OIL, LAVENDER OIL dan PURPLE MICA.

Next post kita kupas satu-satu KELEBIHAN Lipbalm tak berwarna ni. 

Korang nak share tips? Boleh share kat komen tau.

#factsaboutlips
#lipbalm
#sheabutterlipbalm
#beeswaxlipbalm
#jojobaoil
#blossombelle
#TalkWithTini

No comments:

Post a Comment

007 | TESTIMONI BASIC SET | PRODUK PENJAGAAN MUKA ORGANIK

Selama 4 bulan menggunakan Basic Set MaryJardin secara konsisten, inilah hasilnya! . Dan sambung lagi dengan penggunaan Collagen Se...